Saturday, July 26, 2008

Wayang kegemaran saya

Wayang kegemaran saya ialah Horton. Saya gemar menonton Horton kerana ia amat lucu. Apabila saya sedang menonton Horton di pawagam, saya amat gembira kerana ibu saya memberitahu saya bahawa saya boleh berehat kerana saya sudah bekerja keras dan ini ialah sebagai hadiah untuk kerja keras saya. Saya amat gembira kerana ibu saya sudah mengajak saya untuk menonton wayang ini dan saya amat berterimah kasih kepada ibu saya. Saya amat sayang dengan ibu saya

Warna Kegemaran Saya

Hi!!!!!Nama saya Mustafa Bin Abdul Jalil. Saya akan cakap tentang warna kegemaran saya. Warna kegemaran saya ialah biru, kuning, merah dan hijau. Saya suka warna ini kerana setiap saya melihat warna ini saya akan menjadi gembira. Apabila saya dan ibu saya pergi berjalan, saya akan menyuruh ibu saya untuk membelikan saya baju yang berwarna merah, biru, hijau atau kuning.Saya amat suka dengan warna ini dan saya akan selalu menyukainya.

Fridge Magnet

Tahukah anda apa itu 'fridge magnet'? 'Fridge magnet' adalah sejenis besi berani yang dilekatkan di peti ais untuk dijadikan hiasan. Saya gemar mengumpul 'fridge magnet' kerana ia nampak menarik dan mempunyai berbagai-bagai corak. Saya mempunyai beberapa buah 'fridge magnet' yang telah saya kumpulkan untuk menghiasi peti ais saya itu.

Mainan traditional

Mainan traditional kegemaran saya ialah ting-ting,batu seremban,congkak,layang-layang dan lain-lain lagi.Ketika saya bermain batu serembat dengan kawan-kawan saya,saya selalu menang kerana berlatih di rumah.Kalau saya hilang batu serembat saya ,saya akan membuat yang satu lagi.Amat senang untuk membuatnya.

Menabung Wang

Kegiatan yang amat saya gemari ialah menabung dari lebihan saki-baki wang saku sekolah saya. Tiap-tiap hari, saya akan pastikan untuk menabung sekurang-kurangnya 50 sen sehari. Menabung telah menjadi suatu kemestian di dalam diri saya kerana ianya telah saya amalkan semasa saya mula berada di dalam darjah satu.
Wang yang telah dikumpulkan itu akan saya masukkan ke dalam bank.

Melukis



Saya gemar melukis. Itu sebabnya saya bercita-cita untuk menjadi seorang jurubina apabila saya dewasa kelak. Pada waktu lapang, saya akan melukis lukisan kegemaran saya. Bukan itu sahaja, malahan setiap lukisan yang telah saya lukis akan saya simpan di dalam sbuah beg khas untuk dijadikan koleksi peribadi saya. Saya gemar melukis sejak saya masih kecil.





















Sukan Kegemaran Saya

Sukan kegemaran saya ialah badminton dan bola sepak.Mengapa saya memilih bola sepak?Kerana saya dapat mempelejari cara-cara baru untuk bermain bola sepak.Saya gemar sukan saya kerana ia membuat kita sihat.Sukan kegemaran saya amat seronok!!!!!!!!